Imigresen Pendekkan Tempoh Visa Semasa Ketibaan Untuk Negara Tertentu - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen memendekkan tempoh visa semasa ketibaan (VOA) untuk rakyat dari negara tertentu yang sering kali menjadikan Malaysia sebagai negara transit untuk menetap secara haram di Australia.

Tanpa menyebut nama negara-negara terlibat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tempoh visa untuk negara-negara berkenaan dipendekkan kepada 14 hari berbanding 90 hari sebelum ini.

Beliau berkata langkah itu dibuat atas permintaan kerajaan Australia, katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa di pejabatnya di sini, Selasa.

"Langkah terbaharu Australia untuk menempatkan pelarian ke Papua New Guinea merupakan tindakan bijak dan terbaik untuk mengatasi masalah pelarian kerana Malaysia dan negara-negara Asean lain sering dijadikan sebagai negara transit sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Australia," katanya.

Sementara itu Kuppa berkata pelarian yang tiba di Australia melalui bot untuk mendapatkan suaka di negara itu akan ditempatkan di Papua New Guinea.

"Kerajaan Australia mahu menghantar mesej kepada sindiket penyeludupan manusia dan mereka yang ingin mendapatkan suaka bahawa tidak guna pergi ke Australia tanpa visa dan dokumen yang sah kerana mereka akan dihantar ke Papua New Guinea," katanya.

Pada 19 Julai, Perdana Menteri Australia Kevin Rudd berkata pemohon suaka yang tiba dengan bot tidak akan berpeluang menetap di Australia sebagai pelarian kerana Australia telah mengesahkan perjanjian dengan kerajaan Papua New Guinea mengenai pemohon suaka.

Rudd dan Perdana Menteri Papua New Guinea Peter O'Neill telah menandatangani perjanjian mengenai pemohon suaka.

Pemohon suaka akan dihantar ke Papua New Guinea untuk penilaian, dan jika mereka didapati pelarian, mereka akan ditempatkan di sana, jika tidak, mereka akan dihantar balik ke negara mereka atau dihantar ke negara ketiga, kata Rudd sambil menjelaskan bahawa perjanjian itu bertujuan mengentikan penyeludupan manusia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan