Esscom Jadi Pemangkin Pembangunan Sosioekonomi Di Lahad Datu

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menjadi pemangkin program pembangunan sosioekonomi kepada perkembangan keselamatan kawasan perairan Pantai Timur Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata dengan penubuhan ESSCOM, keadaan keselamatan yang terkawal tanpa ancaman baharu memberi keyakinan kepada masyarakat setempatuntuk meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial di daerah itu.

Beliau berkata kehadiran polis dan tentera yang mengawal keselamatan mengembalikan keyakinan masyarakat di situ untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

"Pencerobohan itu tidak pernah mendapat sokongan daripada majoriti penduduk Sulu di Sabah, yang turut mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu, dan menyatakan sokongan penuh mereka kepada kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Johari ingin tahu kesan ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan yang dialami oleh masyarakat Lahad Datu ekoran daripada pencerobohan, serta langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini.

Daerah Semporna dikejutkan dengan peristiwa berdarah apabila kumpulan pengganas dari selatan Filipina menyerang hendap anggota keselamatan di Kampung Simunul yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan.

Tambah Shahidan, walaupun beberapa pihak menuduh kerajaan sebagai mengadakan drama berunsurkan politik semasa pencerobohan dan tangkapan awal dibuat, tetapi mula menyedari bahawa ini merupakan satu pencerobohan besar yang mengancam nyawa.

Selain penubuhan ESSCOM, beliau berkata usaha bersepadu yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan dan semua pihak agar keadaan pulih seperti sedia kala dan mampu memberi keyakinan kepada rakyat, para pelabur dan pelancong untuk terus melawat dan melabur ke negeri itu.

"Penduduk Kampung Tanduo juga dipindahkan ke penempatan terbaru dan pelbagai lagi kemudahan sosioekonomi akan dibangunkan di kawasan tersebut termasuk pembinaan surau, taman permainan dan kedai runcit," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan