Tiada Projek Di Bawah RMK10 Terbengkalai - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara pada Isnin diberitahu tiada projek pembangunan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang terbengkalai setakat ini.

Bagaimanapun kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim terdapat 238 projek dengan nilai keseluruhan RM4.48 bilion mengalami kelewatan daripada tarikh siap yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu sebanyak 61 projek dikategorikan sebagai 'projek sakit' dengan nilai keseluruhan RM1.3 bilion.

"Antara sebab kelewatan ialah pengurusan dalaman kontraktor yang lemah, masalah mendapat bekalan bahanan binaan dan masalah tenaga kerja," katanya ketika menjawab soalan Senator Norliza Abdul Rahim di sini.

Menurut Shahidan pelbagai langkah pemulihan diambil termasuk mengadakan msyuarat pemantauan dari semasa ke semasa membabitkan jawatankuasa peringkat pusat dan negeri.

Di samping itu, beliau berkata kerajaan juga telah menubuhkan jawatankuasa projek sakit yang diketuai oleh ketua setiausaha kementerian, bagi memastikan semua projek terbabit disiapkan secepat mungkin.

"Projek yang ditakrif 'sakit' ini adalah projek yang kelewatan pelaksanaanya melebihi dua bulan atau 20 peratus daripada jadual yang ditetapkan manakala projek yang ditakrif sebagai 'lewat jadual' mengalami kelewatan 10 peratus daripada jadual pelaksaan projek," katanya.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata semua projek pembangunan yang dirancang dalam RMK8 dan RMK9 telah disiapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan