PM Perancis Diberi Sambutan Rasmi

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Perancis Jean-Marc Ayrault yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini bermula semalam, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini, Isnin.

Ketibaan beliau di Bangunan Perdana Putra pada 9.30 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri-menteri kabinet, duta-duta serta pegawai kanan kerajaan.

Sejurus ketibaan beliau, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan. Ayrault kemudian memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada 103 anggota dan pegawai daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Usai sambutan, kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan tertutup yang dijangka membincangkan hubungan dua hala serta perkara yang membabitkan kepentingan bersama kedua-dua negara.

Kali terakhir Perdana Menteri Perancis mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ialah pada 1982 iaitu Pierre Mauroy.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada lawatan serantau tiga negara Ayrault, termasuk New Caledonia dan Korea Selatan, bagi mempertingkat serta memperluas kerjasama dalam bidang baharu dan sedia ada.

Lawatan Ayrault ke Malaysia merupakan penegasan komitmen kerajaan Perancis di bawah pentadbiran Presiden Francois Hollande bagi memperkukuh hubungan politik kedua-dua negara.

Selain pertemuan dengan Najib, Ayrault dijadual merasmikan majlis pecah tanah projek pelaburan Perancis bernilai RM399.6 juta di Sendayan TechValley, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Beliau juga dijangka berucap pada Forum Ekonomi Malaysia-Perancis anjuran kedutaan negara itu di sini dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Perancis. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan