Perancis Tidak Akan Diskriminasi Produk Sawit - PM Perancis

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan Perancis tidak akan membezakan produk minyak sawit daripada minyak sayur-sayuran yang lain, kata Perdana Menteri Perancis Jean-Marc Ayrault pada Isnin.

Semasa memberikan jaminan demikian, Ayrault berkata walaupun terdapat beberapa inisiatif yang diambil oleh anggota parlimen Perancis untuk mengenakan cukai khas bagi minyak sawit, kerajaan tidak menyokong inisiatif mereka dan ini tidak akan menjadi kenyataan.

"Minyak sawit tidak akan dilayan berbeza daripada minyak sayur-sayuran yang lain dan tidak akan ada diskriminasi terhadap minyak sawit," kata beliau pada sidang media bersama.

Ayrault dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia mulai Ahad.

Ayrault berkata beliau telah membincangkan isu minyak sawit dengan Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memahami bagaimana komoditi ini amat penting kepada Malaysia.

"Saya tahu bagaimana minyak sawit sangat penting kepada Malaysia, memandangkan jumlah orang yang bergantung kepada pengeluaran minyak sawit untuk kehidupan mereka, terutama pengeluar kecil," katanya.

Sementara itu, Najib berkata Perdana Menteri Perancis memberi jaminan kepada beliau bahawa tidak akan ada sebarang cukai baharu bagi minyak sawit dan komoditi berkenaan akan diberi layanan yang sama dengan minyak sayur-sayuran lain di Perancis.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan