Malindo Air Mulakan Laluan KL-Dhaka Pada 28 Ogos

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, dijadual melancarkan penerbangan harian laluan Kuala Lumpur-Dhaka, yang merupakan sebahagian daripada pelan peluasan antarabangsanya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, perkhidmatan ke laluan antarabangsa pertama itu bermula pada 28 Ogos.

"Sebagai antara beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan antara KL dan Dhaka, kami bangga memperoleh keistimewaan untuk meningkatkan lagi hubungan budaya, sosial dan ekonomi," katanya.

Beliau berkata, syarikat penerbangan itu yang akan menggunakan pesawat Boeing 737-900ER, menawarkan kelas perniagaan dan ekonomi.

Malindo Air, katanya merancang meningkatkan penguasaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai gerbang utama serantau ke rantau Asean.

"Kami juga akan menggalakkan ahli perniagaan Bangladesh dan pengguna lain untuk menyambung penerbangan menggunakan perkhidmatan antarabangsa kami yang lain" katanya.

Chandran berkata, pelan peluasan tempoh terdekat Malindo Air termasuk penerbangan dari KL ke Bali, Jakarta, Medan dan pulau Batam di Indonesia.

Tiket Malindo Air bagi laluan KL-Dhaka dan Dhaka-KL, kini mula dijual dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh menerusi www.malindoair.com. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan