Malaysia Kukuh Kerjasama Dengan AS Untuk Kurangkan Indeks Jenayah

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan dan mengurangkan indeks jenayah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, banyak aspek yang boleh dipelajari dari AS terutama dari segi latihan.

"Jenayah yang berlaku sekarang adalah berkenaan jenayah indeks yang telah berjaya dikurangkan terutamanya oleh Jabatan Polis New York (NYPD).

"Inilah yang kami cuba pelajari kerana New York pada suatu ketika merupakan satu tempat yang mempunyai indeks jenayah tinggi tetapi dapat dikurangkan melalui beberapa tindakan drastik oleh NYPD," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasil pertemuan dengan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan AS Lee McClenny di pejabatnya, di bangunan Kementerian Dalam Negeri, di sini, Isnin.

Ahmad Zahid berkata, kementerian bersikap proaktif dalam menangani masalah jenayah di negara ini dengan tidak hanya menekan aspek latihan semata-mata tetapi juga melalui pendekatan lain.

"Bukan sekadar untuk mendapatkan latihan tetapi kita akan mencari beberapa pendekatan baharu melalui pengalaman-pengalaman NYPD yang banyak menyelesaikan kes jenayah terancang dan jenayah berat," katanya.

Beliau menjelaskan, bagi menyelesai kes-kes jenayah tersebut ia perlu juga dilihat dari segi operasi dan penguatkuasaan, tidak sekadar berlandaskan undang-undang.

Dalam pada itu beliau turut membincangkan tentang kunjungan Presiden AS Barrack Obama ke negara ini dengan McClenny.

"Kami juga membincangkan soal bagaimana lawatan Presiden Amerika pada Oktober akan mendapat kerjasama erat daripada Polis Diraja Malaysia.

"Ia adalah perkara lumrah (perbincangan) bagi mana-mana ketua negara yang akan mengadakan lawatan ke negara ini," katanya lagi.

Obama dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-4 (GES) di Kuala Lumpur pada 11 Oktober ini yang menandakan lawatan pertama beliau ke Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan