Layanan Terhadap Uthayakumar Sama Seperti Banduan Lain - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Zahid (kiri) menerima kunjungan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) Lee McClenny di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya pada Isnin. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR
Ahmad Zahid (kiri) menerima kunjungan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) Lee McClenny di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya pada Isnin. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR

PUTRAJAYA: Anggota Gerakan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan ahli keluarga pemimpin pertubuhan itu, P Uthayakumar diminta menghentikan pertikaian dan provokasi berhubung layanan yang diberikan terhadap pemimpin mereka di penjara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap banduan di negara ini menerima layanan yang sama tanpa ada banduan yang mendapat layanan istimewa oleh Jabatan Penjara.

"Tidak ada penjara VVIP. Kita beri layanan yang sama kepada semua banduan.

"Saya beri jaminan apa sahaja kemudahan yang diperolehi mana-mana banduan, itulah yang diperolehi Uthayakumar dan kita tidak lebihkan atau kurangkan layanan itu," katanya pada kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) Lee McClenny di pejabatnya, di sini Isnin.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas dakwaan isteri Uthayakumar bahawa Jabatan Penjara tidak memberikan layanan sepatutnya kepada suaminya yang sakit.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya memberi layanan terbaik dan berperikemanusiaan kepada banduan mengikut SOP.

"Jangan mohon layanan terlalu istimewa untuk sesiapa.

"Kalau beliau (Uthayakumar) sakit, rawatan yang diberikan adalah mengikut SOP Jabatan Penjara.

"Kalau mahu doktor pakar itu bukan tanggungjawab kami kecuali jika sakit itu memerlukan doktor pakar," jelasnya.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, Utahayakumar bagaimanapun boleh memohon supaya diletakkan di hospital atau klinik penjara tetapi perkara itu akan dirujuk kepada pegawai perubatan terlebih dahulu.

"Pegawai perubatan akan melihat sama ada beliau sesuai atau tidak diletakkan di situ," katanya.

Beliau berkata, tindakan boleh dikenakan sekiranya dakwaan yang dibuat tidak benar.

"Jadi jangan buat provokasi, libatkan orang ramai dan mereka yang tak berkenaan," katanya.

Ahad lalu, Indra telah menyuarakan kebimbangan bahawa Uthayakumar boleh lumpuh jika penyakit prolapsed disc suaminya itu tidak dirawat dengan betul oleh doktornya.

Indra juga mengadu bahawa nota Uthayakumar kepada peguamnya untuk penghujahan dalam kes hasutan terhadapnya telah dirampas.

Pemimpin Hindraf itu dijadual menemui seorang pakar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan 'proplapsed disc' pada 1 Ogos ini.

Uthayakumar telah terlepas temujanji tersebut pada 18 Julai di hospital yang sama kerana dipenjarakan.

Pada 5 Jun lalu, beliau dijatuhi hukuman dua setengah tahun penjara selepas didapati bersalah membuat kenyataan menghasut pada tahun 2007.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan