KPDNKK Sasar Jom Beli Barang Raya Peroleh RM7 Juta

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyasarkan program 'Jom Beli Barang Raya' kali ini meraih RM7 juta hasil jualan di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Hasan Malek juga yakin festival jualan barangan terus dari kilang itu dapat menarik lebih 300,000 pengunjung berbanding 271,000 tahun lalu.

"Pada 2012, Jom Beli Barang Raya yang diadakan di setiap negeri berjaya mencatat jualan keseluruhan sebanyak RM6.7 juta dengan 271,000 pengunjung," katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, di sini Isnin.

Katanya sejak diadakan pada 2009, festival di Putrajaya menjadi penyumbang terbesar dengan nilai jualan mencecah RM2.5 juta pada 2009; RM3.1 juta tahun lepas dan tahun ini disasar memperoleh RM4 juta.

"Harapan kerajaan ialah memberi peluang kepada rakyat mendapatkan pelbagai barangan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran, seterusnya mengurangkan beban perbelanjaan rakyat semasa musim perayaan Aildilfitri.

"Program ini juga dilaksana bagi merancakkan kegiatan ekonomi semasa musim perayaan," katanya menambah festival di Putrajaya sudah meraih RM500,000 dalam tempoh dua hari beroperasi sejak Jumaat lepas.

Di Putrajaya, program jualan 10 hari itu disertai oleh 48 syarikat dengan 200 buah gerai jualan. Jualan bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan pada hujung minggu gerai dibuka bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan