KP1M Sedia Bawa Pulang Pelajar Malaysia Di Mesir

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bersiap sedia untuk membawa pulang lebih 10,000 pelajar Malaysia dari Mesir sekiranya keadaan di negara itu, terus bergolak.

Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bagaimanapun berkata sehingga kini situasi di negara berkenaan, masih terkawal dan belum memerlukan tindakan untuk membawa pulang pelajar.

"Setakat ini, keadaan masih terkawal dan kita harap pelajar Malaysia dapat menjauhkan diri dan tidak masuk ke kawasan konflik atau menyertai perhimpunan.

"Saya yakin mereka tidak akan mengganggu pelajar dan rakyat kita kerana pergolakan yang berlaku adalah konflik politik dalaman yang melibatkan dua pihak di negara itu," katanya.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabunmg Haji (TH) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sumbangan zakat Program Ehsan TH peringkat negeri Johor 1434H di sini Isnin.

Turut hadir Pengarah TH negeri, Ahmad Sohaimi Abd Rahim.

Abdul Azeez turut meminta ibu bapa agar tidak bimbang dengan keadaan anak mereka kerana KP1M sememangnya mempunyai pengalaman dalam mengendalikan misi membawa pulang pelajar dari kawasan konflik. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan