Keluarga Berpeluang Temui Penghuni Penjara Pada Aidilfitri - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua penghuni institusi penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney berpeluang bertemu keluarga masing-masing pada Hari Raya ketiga dan keempat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Penjara turut mengizinkan penghuni yang mempunyai tahap pencapaian kelakuan baik lebih 80 peratus berjumpa secara bersemuka dengan anggota keluarga tanpa kehadiran perantara.

Bagi tahanan ISA di Kamunting, beliau berkata anggota keluarga boleh melawat mereka pada Hari Raya pertama dan kedua.

"Waktu melawat bermula 8.15 pagi hingga 5 petang dengan keutamaan diberi kepada tahanan beragama Islam," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Jabatan Penjara di Sungai Buloh malam Ahad.

Selain dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad perjumpaan, anggota keluarga tidak dibenar membawa makanan dari luar. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan