Enakmen Anti Syiah Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah - Berita Semasa | mStar

Enakmen Anti Syiah Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Enakmen anti-Syiah akan dimasukkan ke dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah dalam masa terdekat sebagai respons kepada reaksi positif masyarakat yang turut menentang fahaman Syiah, kata Timbalan Mufti Kedah Syeikh Marwazi Dziyauddin.

Beliau berkata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir telah mengarahkan supaya disegerakan pelaksanaan enakmen itu bagi membolehkan tindakan dikenakan terhadap pengikut Syiah yang menyebarkan fahaman sesat itu menerusi pelbagai cara.

Tindakan akan diambil paling cepat selepas Hari Raya, katanya ketika ditemui pada mesyuarat Jawatankuasa Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (Giptis) di sini malam Ahad.

Beliau mengulas pengumuman Mukhriz baru-baru ini bahawa kerajaan negeri akan mewartakan fatwa anti-Syiah bagi membanteras fahaman itu daripada menular dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Giptis Dr Abd Aziz Hanafi sementara itu mahu kerajaan mengkaji semula kurikulum Pendidikan Islam sedia ada dalam usaha mengekang fahaman Syiah yang dipercayai turut menular dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata misi dan falsafah subjek Pendidikan Islam perlu diperbaharui bermula di peringkat prasekolah agar pelajar tidak terpengaruh dengan amalan Syiah yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Kita minta kerajaan kaji semua silibus yang ada. Kita boleh minta ilmuan Sunni menulis semua sejarah Islam dan memartabatkan sahabat -sahabat Nabi yang tidak diiktiraf oleh Syiah.

"Kita mahu melihat mata pelajaran tersebut lebih berkesan dan misi, falsafah, kurikulum, silibus yang diajar di semua peringkat pengajian termasuk institut pengajian tinggi dilaksanakan mengikut kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Abd Aziz berkata pihaknya turut mengalu-alukan ilmuan Sunni dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bekerjasama dengan Giptis dalam usaha menentang habis-habisan fahaman Syiah yang bergerak secara diam-diam.

Beliau berkata pihaknya akan menganjurkan seminar pemantapan akidah untuk masyarakat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah agar tidak mudah diseleweng oleh fahaman Syiah dan ajaran sesat yang lain. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan