SPRM Siasat Projek RM30 Juta

Diterbitkan: Ahad, 28 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes penyalahgunaan kuasa terhadap kegagalan sebuah projek RM30 juta yang dijalankan oleh sebuah anak syarikat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar di negara ini.

SPRM, dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memulakan siasatan kerana projek itu tidak menjadi kenyataan walaupun telah menelan belanja "berpuluh-puluh juta ringgit".

"Siasatan ini melibatkan semua aspek projek ini," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Difahamkan SPRM telah mengheret beberapa pegawai kanan anak syarikat, yang terlibat dalam pemprosesan makanan, untuk disoal siasat bagi membantu siasatan yang bermula lewat tahun lepas.

Mereka yang terlibat dijangka akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan tersebut, kes itu turut diikuti beberapa orang berprofil tinggi yang melibatkan pegawai-pegawai tinggi GLC.

Ia termasuk kes yang melibatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Bhd Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan satu lagi kes melibatkan dua bekas pegawai tertinggi Koperasi Permodalan Felda Quality, yang didakwa dengan 134 tuduhan menipu Malayan Banking Berhad lebih daripada RM67 juta.

Kes-kes tersebut belum selesai di mahkamah.

Abu Kassim berkata suruhanjaya itu telah mengukuhkan "kerjasama strategik" dengan beberapa agensi supaya ia lebih berkesan dalam menyiasat rasuah sektor swasta.

Agensi-agensi ini termasuklah Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bursa Malaysia.

Abu Kassim berkata hubungan dengan mereka membolehkan lebih banyak maklumat dapat dikongsi untuk membantu suruhanjaya itu meningkatkan pencapaian.

Satu lagi langkah yang diambil SPRM untuk memerangi rasuah adalah dengan menubuhkan Unit Integriti bagi setiap agensi kerajaan.

Unit ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, menilai risiko rasuah di setiap agensi Kerajaan. Agensi-agensi persekutuan dan negeri akan diberi dinilai tiga kali setahun berdasarkan enam fungsi teras - tadbir urus, meningkatkan integriti, pengesanan dan pengesahan, mengendalikan aduan, pematuhan dan disiplin.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan