Sanjeevan Tidak Lapor Polis Terima Ugutan Bunuh - Ketua Polis Negeri

Diterbitkan: Ahad, 28 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan tidak membuat laporan polis mengenai ancaman ke atas nyawa beliau yang diterima beberapa jam sebelum beliau ditembak pada Sabtu, kata Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh.

Beliau berkata Sanjeevan, 29, telah diberikan perlindungan 24 jam ketika doktor cuba membuang peluru yang menembusi bahagian rusuk beliau di Hospital Tuanku Ja'afar di sini.

"Sanjeevan ada menyebut dalam media sosial mengenai ancaman kepada beliau dan keluarganya, kira-kira 12 jam sebelum berlakunya tembakan. Beliau tidak membuat laporan," kata Osman pada sidang akhbar, Ahad.

Sanjeevan, yang berasal dari Bahau, mendakwa beberapa kali menerima ancaman bunuh ekoran pendedahan beliau mengenai rasuah polis.

Ditanya sama ada serangan itu mempunyai kaitan dengan dakwaan Sanjeevan berhubung aktiviti perjudian berleluasa di daerah Jelebu, Osman berkata polis akan menyiasat dari semua sudut.

"Motif serangan mungkin disebabkan balas dendam tetapi kami akan meneruskan siasatan kami," katanya sambil menambah kejadian tembak itu sedang disiasat kerana cubaan membunuh.

Pada Januari, Sanjeevan mendakwa seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu telah mengancam untuk menembaknya selepas beliau memaklumkan kepada Bukit Aman mengenai kedai-kedai judi haram yang beroperasi di kawasan itu.

Osman berkata: "Kami telah menyiasat kes Jelebu apabila mangsa membuat laporan polis dan kemudian merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya. Walau bagaimanapun, kes itu tiada tindakan lanjut."

Beliau berkata Sanjeevan telah dimaklumkan mengenai keputusan kes itu.

Osman berkata Sanjeevan yakin lelaki yang mengeluarkan ugutan bunuh itu adalah seorang pegawai polis yang berniat melindungi kedai perjudian haram yang telah beroperasi selama dua tahun.

Mengenai kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa tembakan itu mungkin disebabkan Sanjeevan mendedahkan salah laku polis, Osman berkata polis mengalu-alukan tindakan seperti itu.

"Sanjeevan membuat laporan ke Bukit Aman sebelum ini tetapi kita memerlukan maklumat lanjut sebelum kita boleh bertindak.

"Masalahnya ialah selain daripada kes Jelebu, Sanjeevan tidak menyatakan secara khusus tuduhannya," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan