Rangka Strategi Tawan Kerusi Parlimen WP - Tengku Adnan

Diterbitkan: Ahad, 28 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) akan merangka strategi baharu dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen yang pernah dimenanginya pada pilihan raya umum akan datang.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno WP, berkata pihaknya akan merangka gerak kerja yang lebih jitu bagi memastikan kerusi Lembah Pantai, Batu, Segambut, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju yang dimenangi parti pembangkang pada pilihan raya umum 2008, kembali ke tangan BN.

Pada pilihan raya umum Mei lepas, BN hanya memenangi empat daripada 11 kerusi Parlimen WP iaitu Putrajaya, Labuan, Titiwangsa dan Setiawangsa manakala Kepong dan Bukit Bintang merupakan kawasan tegar DAP.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata beliau akan berjumpa pemimpin parti komponen BN WP bagi merancang gerak kerja baharu dalam usaha mencapai hasrat itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa peringkat Parlimen Kepong di sini, Sabtu.

Tengku Adnan berkata pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno WP ibarat sirih pulang ke gagang kerana pernah memegang jawatan sama pada 2001.

Menyentuh pemilihan jawatan tertinggi Umno pada 5 Okt depan, Tengku Adnan berkata beliau tidak berniat untuk bertanding apa-apa jawatan dalam parti dan menyerahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada mahu mengekalkan jawatan Setiausaha Agung parti itu yang disandangnya.

Pada majlis itu, Tengku Adnan menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM100 dan baju raya kepada 200 penerima daripada golongan kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka menyambut bulan Syawal. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan