Pilihan Raya Kemboja Tenang Dan Teratur - Shahidan

Diterbitkan: Ahad, 28 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PHNOM PENH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Ahad menyertai pemerhati lain memantau pilihan raya umum Kemboja.

Shahidan berkata, pilihan raya kali kelima negara itu dijalankan secara teratur dan aman.

Beliau berkata, persediaan yang dibuat Jawatankuasa Pilihan Raya Nasional Kemboja (NEC) adalah memuaskan.

"Daripada apa yang saya lihat, NEC telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan pengundian dijalankan secara teratur yang mencerminkan integriti. Bagi saya tak mungkin berlaku penipuan," katanya kepada media Malaysia di sini.

Shahidan merupakan sebahagian daripada 291 anggota delegasi antarabangsa yang dijemput Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) dan Centris Asia Pacific Democrats International (CAPDI) untuk memantau pilihan raya itu.

Delegasi itu melawat beberapa pusat pengundian di ibu negara Kemboja, Phnom Penh termasuk kawasan Parlimen Takmao yang ditandingi Perdana Menteri Hun Sen.

Terdahulu, kumpulan pemerhati itu turut diberi peluang memeriksa bahan pilihan raya termasuk dakwat kekal dan kertas undi.

Shahidan berkata, proses pilihan raya Kemboja lebih kurang sama dengan Malaysia seperti penggunaan dokumen pengenalan dan senarai pilihan raya untuk memeriksa kelayakan serta penggunaan dakwat kekal.

"Pilihan raya ini berjalan secara aman.

"Saya berharap rakyat Kemboja menghormati keputusan pilihan raya ini," kata Shahidan mengenai pilihan raya itu yang menyaksikan 9.67 juta rakyat Kemboja layak mengundi melibatkan lapan parti bertanding merebut 123 kerusi Parlimen.

Beliau berkata, kesedaran politik di kalangan rakyat Kemboja dalam menjalankan hak demokrasi mereka sangat tinggi dan menyifatkannya sebagai petanda baik untuk masa depan kerajaan Kemboja.

Sementara itu, bekas timbalan perdana menteri Kanada Sheila Copps berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan proses pilihan raya.

Copps, yang tiba di sini pada Khamis, berkata beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin semua parti politik utama Kemboja dan menyertai tiga perhimpunan yang diadakan oleh parti berbeza.

"Saya gembira melihat bahawa tiada unsur ugutan atau manipulasi. Kami akan sediakan laporan selepas ini dan cadangan untuk penambahbaikan akan diserah kepada NEC," katanya kepada Bernama.

Timbalan Pengarah Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China, Zhao Shitong berharap keputusan pilihan raya itu mencerminkan kehendak dan pilihan rakyat Kemboja.

Pilihan raya umum itu merupakan yang kelima sejak 1993, selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membantu negara itu mengadakan pilihan raya bebas pertama sejak diperintah rejim Khmer Rouge antara 1975 hingga 1979 dan selepas perang saudara serta pemerintahan satu parti. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan