Pemilihan Umno Guna Kaedah Seperti Pilihan Raya - Tengku Adnan

Diterbitkan: Ahad, 28 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata proses pemilihan baharu Umno akan mengguna pakai kaedah seperti pilihan raya bagi memilih pucuk pimpinan parti.

"Kita akan buat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kita ada jawatankuasa pemilih untuk pusat, jawatankuasa pemilih untuk negeri. Negeri akan jaga untuk bahagian-bahagian. Pusat akan jaga untuk jawatan pusat.

"Semua kertas undi akan disediakan oleh ibu pejabat dan diagihkan. Mereka akan pangkah seperti pilihan raya. Tetapi SPR tidak hadir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Rakan Muda Ramadan Khatam al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan di sini, Sabtu.

Mei lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kaedah pelaksanaan pemilihan masih diperincikan sama ada secara angkat tangan, biometrik, dakwat kekal atau kaedah lain.

Pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam Najib mengumumkan pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini.

Perdana menteri turut mengumumkan pemilihan untuk jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini, manakala Perhimpunan Agung Umno dari 2 hingga 7 Disember depan.

Tengku Adnan berkata memandangkan kaedah pemilihan itu kali pertama diadakan, kad pengenalan akan diimbas terlebih dahulu di peringkat mesyuarat cawangan bagi memastikan kesahihan mereka sebagai anggota Umno.

"Ini kerana ahli cawangan ini akan dipilih sebagai perwakilan kepada mesyuarat bahagian dan mereka akan memilih pucuk pimpinan parti. Lebih kurang 150,000 orang ini akan pilih kepimpinan.

Jadi kita nak pastikan bahawa yang hadir itu sahih ahli Umno," katanya.

Dalam pada itu Tengku Adnan menganggap pelantikannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan sebagai 'Sirih Pulang ke Gagang' kerana pernah memegang jawatan yang sama pada 2001.

"Saya akan bekerja keras. Saya tahu barangkali kenapa saya diminta untuk terajui Wilayah Persekutuan kerana kita nak capai kemenangan yang lebih baik," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan