Pembelian Dalam Talian Buka Peluang Senjata, Dadah Dibawa Masuk Ke Negara Ini

Diterbitkan: Ahad, 28 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika kaedah membeli-belah dalam talian sedang popular, lebih banyak cara juga digunakan untuk membawa masuk dadah, senjata dan barang-barang haram lain ke negara ini.

Jabatan Kastam, yang berkerjasama dengan pihak berkuasa pos, telah menggagalkan beberapa kes penyeludupan di mana dadah disembunyikan di dalam bateri dan sarung komputer riba, komponen alat elektronik dan barangan pengguna yang lain.

Dalam kes terbaru bulan ini, pegawai Kastam menemui 6.9kg ketamin yang "disulam" pada 34 pakaian sari, kata ketua pengarah jabatan itu Datuk Seri Khazali Ahmad.

"Barang-barang telah dihantar ke pusat penghantaran mel di Kuala Lumpur dari India dengan alamat palsu diberikan untuk kedua-dua penghantar dan penerima," katanya.

Khazali berkata terdapat juga percubaan dalam talian untuk menyeludup senjata sebenar dan palsu dengan mengisytiharkannya sebagai "barangan am" seperti mainan atau mesin.

Beliau memberi contoh kes seorang pelajar 15 tahun di Ipoh yang ditahan oleh pihak Kastam bulan lalu selepas didapati telah memesan lima pucuk 'air rifles' dan pelet tembaga secara 'online' dari negara asing tanpa permit import.

Ia adalah kes yang keenam di Ipoh sahaja sejak Januari di mana senjata atau senjata palsu dipesan dalam talian dan diisytiharkan sebagai mainan, alat latihan anjing atau alat ganti.

"Senapang mainan boleh digunakan untuk melakukan jenayah, sesetengah daripadanya kelihatan amat serupa dengan yang sebenar. Malah pelurunya, yang digunakan pada jarak dekat, boleh membunuh," Khazali memberitahu The Star.

"Itulah sebabnya kita perlu tegas"

Senapang elektrik 'airsoft' juga semakin popular di Malaysia, terutama di kalangan mereka yang menikmati 'permainan perang' taktikal.

Khazali berkata modus operandi mereka yang cuba mengimport senjata, sama ada yang asli atau tidak, adalah sama ada dengan mengisytiharkan barang-barang sebagai "barang-barang umum" atau meleraikan bahagian-bahagiannya.

Bahagian-bahagian tersebut akan tiba dalam dua atau tiga penghantaran.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa senjata seperti pisau dan pedang samurai yang dijual secara terbuka di negara-negara jiran dilarang di Malaysia.

Khazali juga berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan untuk membendung penjualan produk farmaseutikal haram dalam talian. "Banyak negara sedang menjalankan tindakan keras yang sama kerana ubat-ubatan farmaseutikal tiruan, yang berbahaya kepada badan, adalah satu masalah besar di peringkat global," katanya.

Dadah dan perangsang seks kini berada dalam senarai teratas barangan yang paling diseludup masuk ke negara ini.

Menurut statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ubat-ubatan yang disita pada separuh pertama tahun ini berjumlah RM48.11 juta atau hampir dua kali ganda dalam jarak bagi tempoh yang sama tahun lepas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan