ROS Iktiraf Sambanthan Presiden IPF Sah

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) secara rasminya mengiktiraf Datuk M.Sambanthan sebagai Presiden Parti Barisan Kemajuan India se-Malaysia (IPF) yang sah.

Surat ROS bertarikh 23 Julai kepada Setiausaha Agung IPF T.Loganathan antara lain menyebut bahawa ROS telah meneliti dan bersetuju menarik balik Notis Seksyen 16(1).

Sambanthan pada sidang media di Wisma IPF, Seri Kembangan pada Sabtu meluahkan rasa syukur dengan keputusan itu dan berharap semua anggota parti dapat menyokong kepimpinan beliau dalam meneruskan perjuangan untuk kemajuan kaum India.

Kemelut IPF bermula pada 2008 sejak kematian pengasas Tan Sri M. G. Pandithan yang menyebabkan parti itu berpecah dua di antara penyokong isteri mendiang Jayshree MG Pandithan dan M.V. Mathiyalagan, yang turut mengaku dirinya presiden IPF.

Masalah semakin meruncing apabila Jayshree yang memangku jawatan presiden parti pada 2010 mengiktiraf Sambanthan sebagai presiden.

ROS kemudian menghantar surat kepada Sambanthan dan Mathiyalagan pada 6 Jun lepas dan memberi tempoh sebulan kepada mereka untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan serta mematuhi notis ROS atau IPF akan terbubar secara automatik.

Mengulas mengenai status Mathiyalagan, beliau berkata keanggotaan Mathiyalagan telah digantung sejak 2008 selepas gagal mengemukakan surat tunjuk sebab kepada parti.

Sambanthan berharap Mathiyalagan dapat menghormati keputusan ROS itu.

"Saya sudah memaklumkan kepada pihak tertentu supaya jangan lagi menggunakan nama, nombor pendaftaran, logo dan bendera parti, kalau terus menggunakan dan menjatuhkan imej parti, saya akan ambil tindakan mahkamah," katanya.

Sambanthan berkata IPF mempunyai 26 anggota jawatankuasa tertinggi dan lebih 100,000 anggota di 600 cawangan seluruh negara.

IPF, yang ditubuhkan pada 1990 itu menyokong Barisan Nasional (BN). BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan