PM Perancis Lawat Malaysia Esok

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Perancis Jean-Marc Ayrault dijadual mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, Ahad ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Jumaat, lawatan Ayrault, yang diiringi isteri Brigitte Ayrault, bertujuan meningkat kerjasama dalam bidang sedia ada serta memperluaskan kerjasama dalam bidang baharu.

Lawatan Perdana Menteri dan rombongannya merupakan sebahagian daripada lawatan ke tiga negara di rantau ini termasuk New Caledonia dan Korea Selatan.

Lawatan ke Malaysia merupakan kali pertama oleh Perdana Menteri negara itu dalam tempoh 30 tahun selepas Pierre Mauroy pada 12 hingga 14 Disember 1982.

Pada Isnin ini, Ayrault dijangka mengadakan mesyuarat terhad dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disusuli dengan mesyuarat delegasi dua hala bagi membincangkan hubungan dan perkara-perkara kepentingan bersama.

Sebelum itu, Ayrault akan diraikan dalam majlis sambutan rasmi di Dataran Perdana, Putrajaya dan pada sebelah malam, Najib akan menghoskan jamuan malam rasmi di Seri Perdana, Putrajaya.

Wisma Putra menyebut lawatan itu dianggap sebagai satu komitmen yang jitu oleh kerajaan Perancis di bawah pentadbiran Presiden Francois Hollande untuk mengukuhkan lagi hubungan politik antara Malaysia dan Perancis.

Delegasi Perancis terdiri daripada Menteri Perdagangan Luar Negeri, Nicole Bricq, Perwakilan Menteri Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana, Inovasi dan Ekonomi Digital, Fleur Pellerin, Timbalan Menteri Luar Negeri, Helene Conway-Mouret, serta beberapa anggota Parlimen dan ahli-ahli perniagaan.

Di samping itu, kenyataan itu menyebut Ayrault dijadual melawat Sendayan Techvalley di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, di mana beliau akan merasmikan majlis pecah tanah untuk memulakan projek pelaburan Perancis bernilai US$125 juta (RM401.4 juta).

Perdana Menteri Perancis itu dijangka menghadiri Forum Ekonomi Malaysia-Perancis yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Perancis dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Perancis.

"Forum ini akan memberi peluang kepada Ayrault dan delegasinya berjumpa dengan ahli-ahli perniagaan Malaysia untuk berbincang dan menerokai bidang-bidang yang berpotensi untuk menjalin kerjasama perniagaan," kata Wisma Putra. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan