Perhimpunan Agung Umno 2-7 Disember

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat memutuskan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 sehingga 7 Disember depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan Umno tahun ini merupakan tahun pertama menggunakan perlembagaan baharu parti yang akan dikuatkuasakan.

Justeru katanya, kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti akan berdasarkan perlembagaan baharu, yang telah diputuskan oleh mesyuarat MT pada Jumaat.

"Cadangan ini telah dirumuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan di bawah Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan cadangan tersebut telah diterima oleh mesyuarat Majlis Tertinggi.

"Pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli majlis tertinggi, bahagian dan pergerakan sayap-sayap pada 7 September di Badan Perhubungan Umno Negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini, Jumaat.

Selain itu, Presiden Umno itu berkata, persidangan pergerakan sayap parti dan pemilihan jawatan akan dijalankan serentak pada 28 September.

"Mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan serentak ahli majlis tertinggi akan diadakan pada 5 Oktober," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan