Khaled Nordin Azam Kukuhkan Umno Supaya Kekal Relevan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Sabtu berazam untuk terus mengukuhkan Umno supaya parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) itu kekal relevan sepanjang masa.

Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor berkata beliau menerima jawatan itu dengan penuh keinsafan memandangkan tanggungjawab itu merupakan amanah yang sangat berat dan mencabar.

"Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan parti, Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan seluruh kepimpinan Umno.

"Kita perlu mengutama dan mengukuhkan kedudukan Umno sebagai teras kepada B Nketika ini, lebih-lebih lagi kita baru sahaja melalui pilihan raya umum ke-13 lepas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong memasak bubur lambuk anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan dan program kepolisan masyarakat Taman Sierra Perdana, di sini Sabtu.

Menurut Khaled Nordin, buat permulaan beliau akan mengemukakan pandangan bagi memperkukhkan parti kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menghadiri majlis berbuka puasa Umno Johor dan kerajaan negeri, minggu depan.

Selain berterima kasih kepada Datuk Abdul Ghani Othman atas jasa dan kejayaan menerajui Umno Johor dengan baik, Khaled Nordin turut meminta agar semua pihak terutamanya akar umbi agar memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi dalam merealisasikan matlamat pengukuhan parti.

Pada Jumaat, Najib mengumumkan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno yang baharu bagi enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.

Jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor kekal disandang Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan