Jawi Nafi 'Lepas' Finalis Ratu Cantik Bertanding

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.

"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di sini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin.

Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa Jawi berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.

Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.

Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.

Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.

Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan