Isu Kantin Sekolah: Buat Laporan Polis Jika Terima Ugutan Bunuh

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

P. Kamalanathan.
P. Kamalanathan.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan menasihatkan sesiapa yang menerima ugutan bunuh berhubung isu kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana supaya membuat laporan polis.

"Sesiapa saja yang menerima ugutan bunuh, perlu membuat laporan polis dengan segera," kata Kamalanathan kepada pemberita pada Pertandingan Pidato 'Readers are Leaders' 2013 di Universiti Malaya pada Sabtu.

Ini berikutan laporan mengenai guru besar sekolah tersebut, Mohamad Nasir Mohd Noor yang mengambil cuti secara sukarela selama seminggu, menerima ugutan bunuh dan membuat laporan polis pada Khamis.

Kamalanathan berkata, siasatan lanjut mengenai isu itu akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

"Saya melawat sekolah tersebut kerana bimbang mengenai keadaan murid-murid di sana.

"Tanggungjawab saya adalah untuk mencari jalan penyelesaian kepada pemasalahan itu dengan segera dan memastikan kantin sementara ditutup," katanya.

Kantin sekolah tersebut dibuka semula pada tengah hari Khamis selepas lawatan Kamalanathan ke sekolah tersebut pada Rabu.

Kementerian Pendidikan akan memperuntukkan dana untuk sekolah rendah itu bagi membesarkan kantin bagi menampung kira-kira 1,300 pelajar.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan