Insp Farid Hasni Bertambah Sihat

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pegawai polis trafik Insp Farid Hasni Mamat yang putus kaki kanan selepas terlibat kemalangan jalan raya semasa bertugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Terengganu, kini semakin sihat.

Farid Hasni, 32, ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berkata beliau baharu menjalani pembedahan kedua untuk membentuk otot di bawah lutut kanannya selepas terputus akibat dilanggar kereta dalam kemalangan itu.

"Paha yang patah juga kini beransur baik dan doktor yang merawat saya juga memantau keadaan pada setiap hari. Ini bagi mengelakkan berlaku masalah jangkitan kuman.

"Saya akan mulakan fisioterapi selepas pulih sepenuhnya dan proses penyembuhan mungkin mengambil masa yang agak lama," katanya ketika ditemui di hospital itu di sini, Sabtu.

Farid Hasni dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka, berkata beliau terharu dengan sokongan pelbagai pihak selepas ditimpa kemalangan itu dan sekaligus menyuntik semangatnya untuk terus berbakti kepada negara.

"Walaupun cedera (putus kaki), namun ia tidak melunturkan semangat saya untuk berkhidmat kepada negara selepas ini dan terima kasih kepada rakan-rakan dan badan bukan kerajaan yang beri motivasi kepada saya," katanya.

Farid Hasni pada Sabtu menerima kunjungan Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut menyampaikan sumbangan RM10,000 di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH bagi membantu golongan yang memerlukan.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengarah Tabung Haji Kelantan Mohd Nasir Mohd Yusoff, Pengarah HUSM Kubang Kerian Datuk Dr Zaidon Kamari dan anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Abdul Azeez berkata TH mengambil inisiatif menyerahkan sumbangan itu sebagai bantuan bagi membolehkan keluarga mangsa membuat persiapan Aidilfitri dengan sempurna.

"Kita akan lihat keperluan keluarga ini pada masa akan datang dan saya percaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bantu keluarga ini sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, Zaidon Kamari berkata Farid Hasni berada dalam keadaan baik dan pihaknya memantau keadaan mangsa bagi mengelakkan sebarang jangkitan yang boleh menyebabkan pereputan pada otot yang cedera. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan