Individu Amal Syiah Ditolak Tanpa Kira Politik - Jamil Khir

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Sesiapa sahaja yang mengamalkan Syiah tidak akan diterima fahaman itu di negara ini, sebaliknya akan dikenakan tindakan tegas tanpa mengira status atau fahaman politik mereka, demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata apabila bercakap tentang Syiah, anggotanya amat sukar dikesan kerana golongan itu selalunya menyembunyikan identiti dan sering berbohong bagi mengelakkan diri mereka dikesan menganuti fahaman itu.

"Kalau nak kata ada mana-mana pemimpin politik terlibat Syiah, yang tu kita tak tau. Tapi kalau sebut fasal siapa anut Syiah, tak kira dia parti apa akan ditolak di negara kita.

"Lagipun kena ada bukti yang kukuh, kita tidak boleh senang-senang tuduh siapa (anut Syiah) sebab mereka dibenarkan berbohong, itu rukun yang mereka pegang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya untuk golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak di sini, Sabtu.

Beliau mengulas dakwaan tersiar di akhbar tempatan bahawa dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini terutama di utara tanah air.

Akhbar itu melaporkan sumber sebagai berkata, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu telah lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir yang juga anggota Parlimen Jerai berkata lebih 4,000 golongan kurang bernasib baik terdiri daripada ibu tunggal, miskin serta anak yatim telah dikenal pasti dalam parlimen itu dan akan dibantu bagi meringankan beban mereka menyediakan persiapan hari raya.

"Seperti hari ini kita memberikan sumbangan wang tunai kepada lebih 1,000 penerima dan berharap ia dapat memberi kekuatan semangat untuk golongan kurang bernasib baik ini untuk menyambut hari raya.

"Umno di Jerai ini tidak pernah jemu membantu pengundi dan semua masyarakat dalam Parlimen ini, termasuklah bekas calon Barisan Nasional (BN) DUN Sungai Limau (Fadzilah Mohd Ali) yang tetap turun padang membantu masyarakat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan