Gempa Bumi Kuat Landa South Sandwich Islands

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan South Sandwich Islands pada 5.33 pagi Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu terletak di 58.0 darjah selatan dan 24.1 darjah barat, 3,845km tenggara dari Puerto Montt, Chile dan 12,250km barat daya Pontian, Johor, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

"Tiada ancaman tsunami. Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini," kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan