Tindakan Tegas Terhadap Individu Terlibat Ajaran Syiah - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan ajaran Syiah.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

KDN turut mengenal pasti dan mempunyai maklumat lengkap pemimpin politik Islam yang membuka jalan kepada gerakan Syiah di negara ini, katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat perniagaan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini, Khamis.

"Kalau mereka (pemimpin politik) ingin menafikan (penglibatan dengan ajaran Syiah) dalam kempen parti, silakan. Tetapi mereka mesti isytiharkan diri mereka dan jangan berselindung daripada mana-mana fahaman selain dari ajaran Al-Sunnah Wal Jamaah," katanya.

KDN pada Rabu mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Ahmad Zahid berkata KDN dan agensi-agensi di bawahnya seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Jabatan Imigresen akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan itu.

Beliau berkata kerjasama antara agensi-agensi agama dan kementerian yang berkaitan amatlah diharapkan dalam menangani dan menyekat fahaman selain Al-Sunnah Wal Jamaah dari tersebar di kalangan masyarakat.

"Saya menyeru kepada semua pihak termasuk rakyat Malaysia beragama Islam supaya tidak melibatkan diri dengan sebarang kegiatan ini," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KDN tidak akan campur tangan dalam soal hal ehwal agama negeri-negeri dan kuasa untuk berbuat demikian tertakluk di bawah kuasa Jakim untuk membuat pemantauan serta menyekat ajaran, penyebaran dan dakyah.

Mengenai implikasi pengharaman Pertubuhan Syiah Malaysia, beliau berkata tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama pertubuhan itu untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3) (b)Akta Pertubuhan 1966. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan