Shafie Apdal Mahu Pertahan Jawatan Naib Presiden Umno

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR BAHARU: Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhasrat mempertahankan jawatan tersebut yang dimenanginya pada pemilihan parti itu dua tahun lalu.

Ketua Umno bahagian Semporna itu berkata beliau membuat keputusan tersebut kerana merasakan dirinya masih mampu memberi khidmat selain untuk memperkuatkan parti.

"Sekiranya ahli-ahli Umno tidak keberatan, saya ingin menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan. Saya bukan nak rebut jawatan sesiapapun cuma nak pertahankan.

“Tidak kisahlah nombor berapa pun asalkan naib presiden," katanya kepada pemberita pada majlis 'Ihya Ramadan dan Berbuka Puasa' bersama penduduk Kampung Tengas, di Masjid Al-Falah kampung itu di Serdang, dekat sini, petang Rabu.

Turut hadir pada majlis itu ialah anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir serta anggota Exco Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan Datin Norsabrina Mohd Nor.

Mohd Shafie berkata beliau yakin sumbangannya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama lima tahun telah meningkatkan prestasi kawasan luar bandar selain mampu melaksanakan banyak lagi usaha untuk masyarakat luar bandar. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan