Sarawak Boleh Saman Kerajaan Persekutuan Berhubung Kejadian 'Blackout' 27 Jun - Awang Tengah

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Persekutuan, yang memiliki dan mengendalikan Empangan Hidroelektrik Bakun yang telah dipastikan sebagai punca kejadian 'blackout' di seluruh negeri itu bulan lepas.

Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada Jumaat berkata mengambil tindakan undang-undang adalah satu pilihan.

"Berdasarkan perjanjian perdagangan yang kita ada di antara Sarawak Energy Bhd (SEB) dan Sarawak Hidro Sdn Bhd, kita boleh mengambil tindakan undang-undang," Awang Tengah memberitahu pemberita ketika ditanya mengenai hasil siasatan awal berhubung kejadian bekalan elektrik terputus pada 27 Jun lalu yang menjadi tajuk utama serantau.

Awang Tengah, yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, enggan mengulas mengenai kemungkinan kerajaan negeri akan bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Kami sedang mendapatkan perunding bebas untuk mengetahui punca sebenar (di empangan). Kami akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan ia tidak lagi berulang.

Awang Tengah berkata kejadian 'blackout' di seluruh Sarawak kecuali Limbang, telah menjejaskan keyakinan orang ramai dalam SEB, sebuah entiti milik kerajaan negeri.

"Terlalu banyak orang yang mana apabila berlaku 'blackout', menyalahkan SEB sedangkan Bakun (Empangan hidroelektrik) adalah entiti yang berasingan di bawah Sarawak Hidro, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia yang diperbadankan.

"SEB dan semua pengguna terjejas," katanya.

Sarawak Hidro telah ditubuhkan pada 1 Mei 2000, untuk membangun dan menguruskan projek Hidroelektrik Bakun.

Empangan mega itu salah sebuah empangan yang terbesar di dunia, di luar China, mula dibina awal 1990-an.

Walau bagaimanapun, pembinaan telah dihentikan berikutan krisis kewangan Asia 1997.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan