Perkasa Gabung Dengan Dua NGO Tubuh Mirac Bukan Kerana Tekanan - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bersama Presiden Percisama, Andy Choy Chee Wai serta Presiden Perinnbam Malaysia, U. Thamotaran mengangkat piagam yang telah ditandatangani sebagai tanda bersetuju penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) semasa pelancarannya, serta majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bersama Presiden Percisama, Andy Choy Chee Wai serta Presiden Perinnbam Malaysia, U. Thamotaran mengangkat piagam yang telah ditandatangani sebagai tanda bersetuju penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) semasa pelancarannya, serta majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bersama dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat menubuhkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac) bagi membincangkan isu yang membabitkan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Dua NGO itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) dan Persatuan Cina 1Malaysia (Percisama).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan majlis itu bukan kerana disebabkan tekanan pelbagai pihak yang melabel Perkasa sebuah parti rasis.

"Penubuhan Mirac bersama NGO Cina dan India adalah platform menyatupadukan kaum di negara ini.

"Penubuhan Mirac ini juga membuktikan Perkasa bukan hanya memperjuangkan Melayu tetapi juga kaum lain dan kepentingan negara," katanya dalam sidang akhbar selepas penubuhan Mirac di sini, Jumaat.

Turut hadir Presiden Percisama, Andy Choy Chee Wau bersama Presiden Perinnbam, U. Thamotaran.

Ibrahim menegaskan, kewujudan majlis itu tidak akan menghapuskan asas perjuangan dan semangat Perkasa untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.

Katanya, majlis itu akan mengadakan perjumpaan sebulan sekali bersama lima pemimpin kanan setiap NGO secara tidak formal, bagi membincangkan isu penting melibatkan kaum dan kepentingan negara.

"Saya juga mengalu-alukan mana-mana NGO yang ingin menyertai Mirac. Mirac akan dilancarkan pada 31 Ogos depan," katanya.

Dalam majlis itu, ketiga-tiga wakil NGO mempersetujui dan menandatangani piagam Mirac, yang antaranya adalah mempertahankan Perlembagaan Negara, menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara, menghormati hak agama masing-masing dan toleransi antara kaum melalui nilai-nilai murni.

Sementara itu, Choy and Thamotharan menegaskan gabungan ini akan menandakan satu "era baru" untuk perpaduan kaum di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan