Guru Besar Seri Pristana Ambil Cuti Sukarela Selepas Terima Ugutan Bunuh

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh mengambil cuti seminggu atas kehendaknya sendiri, berikutan kekecohan di media sosial mengenai isu murid makan di bilik persalinan.

Mohamad Nasir Mohd Noor menafikan laporan sebuah portal berita bahawa beliau telah "dipaksa" untuk mengambil cuti.

"Saya memutuskan untuk mengambil cuti secara sukarela selama satu minggu bermula dari hari ini (Khamis). Saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama selepas saya menerima dua ugutan bunuh.

"Saya memutuskan bahawa saya perlu berada jauh untuk keselamatan saya sendiri selepas saya mendapat ugutan bunuh.

"Saya harap orang ramai tidak akan membangkitkan perkara itu lagi, dan saya telah meminta pihak sekolah untuk mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar sekolah adalah selamat," katanya kepada The Star dalam satu temuramah malam Khamis.

Kantin di sekolah berkenaan telah dibuka semula pada Khamis manakala Kementerian Pelajaran mungkin memperuntukkan dana untuk sekolah rendah itu untuk membesarkan kantin tersebut bagi menampung 1,300 murid.

Mohamad Nasir berkata, kantin sementara yang kini telah beroperasi selama tiga bulan sekarang diwjudkan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di kantin sekolah.

"Pada waktu pagi, cahaya terik matahari menghala ke arah kantin. Dan kerana kawasan ini adalah sangat panas, murid-murid yang tidak mahu makan apa-apa di sana dan sebaliknya mereka makan berhampiran dengan longkang.

"Saya menyatakan bahawa tempat itu tidak bersih, jadi saya menempatkan mereka di bilik mandi yang tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Guru besar menjelaskan bahawa murid-murid jarang menggunakan bilik mandi kerana mereka dibenarkan untuk memakai pakaian sukan untuk aktiviti ko-kurikulum.

Beliau juga berkata, notis telah diletakkan bagi melarang murid-murid menggunakan bilik berkenaan sebagai tandas, malah telah mengunci pair air di dalam bilik tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan