Doktor Rasis: Kementerian Kesihatan Masih Tunggu Laporan Ketua Menteri P.Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan siasatan Kerajaan Pulau Pinang berhubung dakwaan tiga doktor bersikap rasis dan tidak memberi perkhidmatan baik kepada pesakit di hospital kerajaan di negeri ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihak kementerian masih belum menerima laporan daripada pihak Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu itu.

Katanya Ketua Menteri Lim Guan Eng telah berjanji secara lisan akan menyiasatkan kes berkenaan dan maklumat itu akan disalurkan kepada pihak kementerian tetapi setakat ini, pihaknya hanya terima laporan daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin.

"Kami masih menunggu laporan terperinci daripada Lim," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 di pasar awam Bayan Baru sini, Jumaat.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang awal bulan Julai, Lim membangkitkan isu mengenai pesakit sebuah hospital kerajaan tidak diberi layanan baik oleh tiga doktor yang didakwa bersikap rasis.

Hilmi berkata kelmarin, pihaknya menerima laporan daripada Adun Pinang Tunggal yang mengemukakan maklumat dan orang yang terlibat telah membuat pengakuan.

Selasa lepas, Roslan dilaporkan menampilkan beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang bagi membuktikan kejadian itu memang berlaku.

Sementara itu, Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata kesemua premis makanan haruslah mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi bagi mengelak jangkitan virus.

"Dari semasa ke semasa, kami akan memantau tahap kebersihan di semua premis seluruh negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan