Rakyat Malaysia Lakukan Kesalahan Di Luar Negara Tak Terlepas Tindakan

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia ketika berada di luar negara tidak boleh lari daripada dikenakan tindakan.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata ini kerana mereka tetap perlu kembali ke tanah air atau berjumpa wakil kedutaan Malaysia di luar negara untuk memperbaharui pasport mereka.

"Warganegara Malaysia yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara tidak boleh lari selama-lamanya, kecuali dia hendak gugurkan kewarganegaraan Malaysia," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Lim Nget Yoon pada persidangan Dewan Negara di sini Khamis.

Mengenai sekumpulan penuntut Malaysia yang menterbalikkan Jalur Gemilang di Taiwan Mei lepas, beliau berkata Malaysia hanya boleh mengambil tindakan jika mereka mengeluarkan perkataan melibatkan nama Yang di-Pertuan Agong atau melakukan sesuatu yang dirasakan menderhaka.

Terdahulu, menjawab soalan Senator Datuk S. Nallakaruppan mengenai 21 rakyat Malaysia yang berdemonstrasi di Singapura, Hamzah berkata tindakan mereka melanggar undang-undang Singapura dan ada di antara mereka dikenakan tindakan iaitu permit kerja dibatalkan.

"Dalam hal ini tindakan yang diambil adalah urusan dalaman dan hak negara hos itu dan kerajaan Malaysia tidak ada hak untuk campur tangan," katanya.

Beliau berkata kementerian, khususnya Pejabat Perwakilan di luar negara sentiasa memantau serta melaporkan sebarang bentuk aktiviti yang dijalankan rakyat Malaysia termasuk perhimpunan dan demonstrasi di tempat-tempat awam di negara asing.

"Bagaimanapun setiap tindak-tanduk di negara asing adalah tanggungjawab sendiri dan jika mereka didapati telah melanggar undang-undang dan peraturan negara hos, mereka haruslah bersedia menerima risikonya," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga sentiasa mengadakan beberapa aktiviti untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat Malaysia di luar negara.

"Aktiviti ini secara tidak langsung mengawal aktiviti mereka dan kalau mereka masih lagi melakukan aktiviti tertentu bagi memprotes kerajaan Malaysia itu adalah hak negara tuan rumah untuk mengambil tindakan yang ada di sana," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan