PM Jepun Diberi Sambutan Rasmi

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini, diberi sambutan rasmi di Dataran Bangunan Perdana Putra di sini Khamis.

Ketibaan beliau pada 4.05 petang, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri-menteri kabinet, duta-duta serta pegawai kanan kerajaan.

Sebaik lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dimainkan, Perdana Menteri Jepun itu memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 103 anggota dan pegawai dari Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Kedua-dua pemimpin itu kemudian mengadakan pertemuan tertutup yang dijangka membincangkan isu semasa selain bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala dan serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Mereka juga dijangka membincangkan hala tuju Dasar Pandang ke Timur dengan menumpukan kepada perluasan pembangunan ekonomi sejajar keutamaan kedua-dua negara.

Lawatan kedua Abe ke negara ini,dilihat bakal mempererat hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Jepun, seterusnya mempertingkat serta memperkukuh kerjasama bagi menyumbang ke arah visi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Pada lawatan kali ini, Abe dijangka akan mengadakan pertemuan dengan bekas pelajar Malaysia yang pernah menuntut di negara itu sebelum diraikan dalam satu majlis makan malam yang dihoskan Najib di Sri Perdana.

Lawatan rasmi dua hari itu merupakan lawatan kali kedua Abe ke negara ini, beliau bersama rombongannya dijadual berlepas pulang pada Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan