Peserta Ratu Cantik Pertikai Fatwa Boleh Dikena Tindakan - Muip

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Empat orang gadis Islam yang mempertikai larangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik boleh dikena tindakan di Mahkamah Syariah.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata jika mereka nekad dengan keputusan untuk terus menyertai pertandingan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang syariah.

"Ini kerana jika sesuatu perkara itu telah difatwakan, ia telah menjadi satu undang-undang syariah, dan pihak yang melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 165 Enakmen Kanun Tatacara Jenayah Syariah kerana menghina Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang di sini Khamis.

Empat gadis tersebut yang berumur antara 19 hingga 23 tahun bukan sahaja mempertikai larangan tersebut malah terus nekad menyertai pertandingan itu walaupun nama mereka digugurkan pihak penganjur.

Berhubung isu Syiah, Wan Abdul Wahid berkata mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyebaran fahaman itu atau mengajar ilmu agama tanpa tauliah di negeri ini, mereka boleh dikenakan hukuman denda atau penjara jika didapati bersalah.

"Setakat ini belum ada sebarang aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negeri ini. Jika ada pun ia adalah kes terpencil dan dibawa oleh pihak luar. Muip bagaimanapun akan memantau perkara ini dari semasa ke semasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan