Malindo Air Tawar 10,000 Tempat Duduk Percuma Sempena Merdeka

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air menawarkan 10,000 tempat duduk percuma ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Merdeka akan datang.

Tiket pergi balik percuma itu sah bagi penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur, Subang, Pulau Pinang, Kota Baharu, Johor Baharu, Langkawi, Alor Setar dan Kuala Terengganu.

Tiket-tiket itu boleh ditempah mulai 28 Julai hingga 4 Ogos bagi tempoh perjalanan antara 20 Ogos dan 31 Okt, 2013.

Malindo Air berkata dalam satu kenyataan, 10,000 pelanggan bertuah itu hanya perlu membayar cukai dan fi lapangan terbang dengan kebenaran bagasi percuma 40 kg bagi kelas perniagaan dan 20 kg bagi kelas ekonomi ditambah dengan hiburan dan makanan ringan percuma dalam penerbangan.

"Sejak pelancaran rasmi kami pada 22 Mac, kami menerima sambutan amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia dengan lebih 200,000 tetamu bagi penerbangan kami. Ini merupakan tanda terima kasih kami kepada sokongan padu anda.

"Ini sudah pastinya yang pertama daripada banyak lagi tanda terima kasih kami seperti itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy.

Beliau berkata promosi ‘Super Merdeka Deals’ itu juga merupakan sebahagian daripada sambutan syarikat penerbangan itu untuk meraikan dua lagi serahan pesawat ATR72-600 pada Ogos dan sebuah lagi pada Oktober.

Dua pesawat tambahan Boeing 737-900ER akan tiba pada September, yang akan membentuk kumpulan 10 pesawat bagi syarikat penerbangan itu pada akhir Oktober, terdiri daripada empat pesawat ATR72-600 dan enam Boeing 737-900ER. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan