Ketua Menteri Melaka Terima Pingat Lions Clubs International

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Idris Haron (dua kanan) dianugerahkan pingat The Global Leader Humanitarian Service yang disampaikan oleh Presiden Kelab Antarabngsa Lions, Barry J Palmer (dua kiri) pada Khamis. Turut kelihatan EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Yunus Husin (kanan).
Datuk Idris Haron (dua kanan) dianugerahkan pingat The Global Leader Humanitarian Service yang disampaikan oleh Presiden Kelab Antarabngsa Lions, Barry J Palmer (dua kiri) pada Khamis. Turut kelihatan EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Yunus Husin (kanan).

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron pada Khamis menerima pingat 'Pemimpin Global dalam Khidmat Kemanusiaan' daripada Lions Clubs International atas sumbangannya membangunkan golongan belia di seluruh dunia.

PresidenLions Clubs International Barry J Palmer berkata Idris sebagai Presiden Perhimpunan Belia Sedunia adalah contoh pemimpin bagi belia di seluruh dunia.

"Kami mahu lebih ramai pemimpin seperti Idris dalam dunia yang mengiktiraf kepentingan membangunkan generasi muda kita bagi masa depan dunia kita, dan menghasilkan dunia yang lebih baik pada masa depan.

"Kami akan bekerjasama dengan beliau dalam usahanya membangunkan golongan belia dan juga menjadikan negeri ini sebagai tempat yang lebih baik bagi semua orang," katanya pada majlis penyampaian di Seri Negeri di sini Khamis.

Palmer menyampaikan pingat itu kepada Idris dalam satu majlis yang turut dihadiri Pemimpin Kawasan Lions Clubs Global Datuk Dr K Nagaratnam.

Dalam ucapan penerimaan, Idris berterima kasih kepada Lions Clubs International atas pemberian pingat itu dan beliau akan meneruskan tugasnya membangunkan belia di seluruh dunia.

Lions Clubs International adalah sebuah pertubuhan yang dianggotai lebih 1.35 juta orang dengan lebih 46,000 kelab di seluruh dunia dengan pelbagai aktiviti seperti memberi cermin mata kepada kanak-kanak sehingga kepada menghulurkan bantuan makanan bagi yang kurang bernasib baik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan