Kerajaan Perlu Bertindak Tegas Halang Penyebaran Syiah Di IPT - Pemuda PAS

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mahu kerajaan bertindak tegas menghalang penyebaran ajaran Syiah, terutama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini.

Timbalan Ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, yang menyambut baik tindakan kerajaan mengharamkan Pertubuhan Syiah Malaysia, berkata ini adalah kerana ia boleh merosakkan akidah dan boleh mencetuskan perbalahan besar antara umat Islam di negara ini.

"Tindakan kerajaan mengharamkan Pertubuhan Syiah Malaysia berdasarkan kepada peruntukkan Syeksen 5, Akta Pertubuhan 1966 amat tepat pada masanya memandangkan pengaruhnya yang semakin berkembang dan menimbulkan kekeliruan umat Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Pada Rabu, Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Mohamad Suhaimi berkata pihaknya menganggap ajaran Syiah ini sebagai satu ajaran sesat yang lebih bahaya dari Al-Arqam, serta ajaran sesat yang lain kerana ia jelas memesongkan akidah umat Islam dari ajaran Islam sebenarnya.

"Apa yang dibimbangkan umat Islam yang terperangkap dengan doktrin dan ajaran songsang Syiah kebanyakannya adalah jahil agama, dan baru berjinak-jinak dengan agama Islam," katanya dan menambah, mereka hanya diberi kefahaman mengenai Islam pada suatu sudut yang sempit dan tidak menyeluruh, sehingga mengambil ringan soal ibadat dan amalan Islam.

Suhaimi berkata kesan penularan ajaran Syiah kepada umat Islam amat membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya perkahwinan songsang (muta'ah), kefahaman Islam yang longgar sehingga meringankan ibadat dan rukun Islam dan sebagainya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan