Isu Kantin Sekolah Selesai - Kamalanathan

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keadaan murid-murid yang makan di bilik persalinan pada waktu rehat.
Keadaan murid-murid yang makan di bilik persalinan pada waktu rehat.

SUNGAI BULOH: Isu sebuah sekolah yang membiarkan murid-muridnya makan di bilik persalinan telah selesai dan kantin tersebut akan dibuka semula bermula Rabu.

"Seperti yang kita ketahui, isu itu telah selesai. Guru Besar mempunyai niat yang baik tetapi memilih lokasi yang tidak sepatutnya. Beliau telah memohon maaf. Saya juga memohon maaf. Ia tidak akan berlaku lagi," kata Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan.

Beliau berkata pihak kementerian telah mengambil tindakan segera berhubung kes itu dan akan melakukan pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah lain.

"Bilik persalinan telah digunakan bersama dengan kantin oleh semua murid sejak Mac kerana kantin boleh memuatkan 500 hingga 600 orang. SK Seri Pristana mempunyai 1,300 pelajar.

"Ekoran kerja pengubahsuaian di kantin itu bermula dua minggu lalu, semua pelajar diminta untuk makan di bilik persalinan. Ini kerana guru bimbang mengenai tahap keselamatan murid-murid ketika kerja pengubahsuaian," katanya pada sidang media di kantin sekoleh itu.

Kerja pengubahsuaian untuk memasang pintu kaca bagi ruang guru di kantin itu kini selesai.

Kamalanathan turut berkata, sekolah itu telah memohon peruntukan daripada kementerian untuk memperluaskan kafetaria yang sebelum ini agak kecil untuk menampung murid-murid di sekolah berkenaan.

"Saya akan memberi sumbangan peribadi berjumlah RM10,000," katanya.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan