CAP Gesa Kerajaan Haramkan Iklan Pamer Gambar Wanita Ghairah

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelihatan iklan yang memberahikan ditayang pada papan elektronik di Jalan Burma, George Town. - FotoBERNAMA
Kelihatan iklan yang memberahikan ditayang pada papan elektronik di Jalan Burma, George Town. - FotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Khamis menggesa kerajaan mengharamkan iklan yang mempamerkan gambar wanita seksi atau lebih dikenali sebagai 'Hot-Girls' di papan-papan iklan di pusat bandar ini.

Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata sejak kebelakangan ini banyak papan iklan elektronik menggunakan gambar wanita seksi dalam aksi yang menghairahkan untuk menarik pengunjung ke pusat-pusat hiburan.

"Kelab-kelab malam terutamanya di Lebuh Union mempamerkan gambar-gambar wanita yang dalam aksi menghairahkan adalah sesuatu yang tidak sesuai di negara ini dan melanggar Garis Panduan Penerbitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNPP)," katanya.

Mohamed Idris berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kelab-kelab malam yang menggunakan iklan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan