Pusat Pengundian Pulau Perhentian Tutup Pukul 3 Petang

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Pusat pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Pulau Perhentian di sini ditutup pada 3 petang Rabu.

Penduduk pulau perangian terkenal itu mengundi di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian yang dibuka pada pukul 8 pagi.

Pusat pengundian itu ditutup dua jam lebih awal berbanding tujuh lagi pusat pengudian lain di sekitar Kuala Besut.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil itu diumumkan selepas 10 malam Rabu bagi memberi peluang kepada pemimpin dan penyokong parti bertanding menunaikan solat Tarawih. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan