Proses Undi Lebih Cepat Dengan Celup Jari Dalam Dakwat - SPR

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal yang diperkenalkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada Rabu mempercepatkan proses pengundian berbanding kaedah mencalit pada kuku sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang melakukan tinjauan ke pusat-pusat pengundian di Kuala Besut di sini, berkata kaedah mencelup jari itu juga membantu kelancaran proses pengundian.

"Proses pengundian lebih cepat kerana sebuah buku yang mengandungi 50 kertas undi boleh dihabiskan dalam masa 40 minit, iaitu kurang dari seminit untuk seorang pengundi," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Peroi di sini.

Beliau kemudian meninjau pusat pengundian di SK Kampung Nangka, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri.

Wan Ahmad berkata kelancaran proses mencelup itu juga disebabkan kecekapan petugas SPR yang kini lebih berhati-hati dalam mengendalikan dakwat berkenaan.

"Pengundi juga faham bagaimana proses mencelup dilakukan hasil hebahan yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Pada 18 Julai lalu, satu simulasi proses pengundian dan cara mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal diadakan di Pejabat Daerah Besut di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan