Pengundi Kuala Besut Tunai Tanggungjawab

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Orang ramai beratur menunggu giliran membuang undi di SK Kg Baharu, Kuala Besut.-M. Azhar Arif/The Star
Orang ramai beratur menunggu giliran membuang undi di SK Kg Baharu, Kuala Besut.-M. Azhar Arif/The Star

BESUT: Seramai 16,534 pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mula menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat baru bermula pukul 8 pagi Rabu.

Sebanyak lapan pusat mengundi disediakan di DUN Kuala Besut.

Ini merupakan pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu.

PRK kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN seorang jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman manakala Pas meletakkan seorang kontraktor, Endot @ Azlan Yusof sebagai calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 75 peratus pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan dapat diketahui kira-kira pukul 10 malam ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan