Ibu Bapa Kesal Tindakan Sekolah Jadikan Bilik Persalinan Sebagai Tempat Makan

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu bapa terkilan dengan tindakan pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh kerana didakwa menempatkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah itu pada bulan Ramadan.

Celestina A/L Sokya, 40, dari Sarawak berkata beliau kesal dengan keputusan pihak sekolah itu dan tidak mahu lagi menghantar anaknya, Destiny Yeeling, 8, pelajar tahun dua untuk bersekolah di situ.

"Sebelum ini anak saya kata dia makan di tandas, saya ingat dia bergurau. Tidak sangka wajah anak saya ada dalam gambar yang disiarkan dalam Facebook pada Selasa mengenai pelajar bukan Islam makan di tandas," katanya kepada pemberita ketika mengambil anak gadisnya pulang dari sekolah itu.

Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah mengenai keadaan itu.

Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, berkata anak perempuannya Jessica James, 10, ada mengadu mengenai perkara itu dua hari lepas.

"Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas. Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan," katanya.

Ayahnya, James Subramanian, 45, seorang pengawal keselamatan Indah Water, berkata beliau susah hati apabila dengar berita mengenai anaknya makan dalam tandas.

Seorang ibu, Jagteep Kaur, 34, berasa sangat sedih sebab dua anak lelakinya terpaksa makan di bilik persalinan itu iaitu Eekongkar Dilmarditl Singh, 9, dan Kuljeet Sing, 10, sejak seminggu lalu.

Eekongkar Dilmarditl berkata beliau diminta untuk makan di bilik persalinan kerana kantin sekolah sedang dibaiki.

"Saya sudah dua hari muntah-muntah dan diarahkan duduk situ kerana hujan. Kalau duduk di kantin nanti kotor," katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama untuk mendapatkan penjelasan daripada Guru Besar sekolah itu menemui jalan buntu apabila wartawan tidak dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah.

Menurut sumber Kementerian Pendidikan, sekolah itu mempunyai dua sesi persekolahan, 74 guru, dengan 1,373 pelajar, iaitu 696 lelaki dan 677 perempuan.

Dua bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat seorang kerani pada Selasa terhadap guru besar sekolah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan