Hentikan Khabar Angin Gelombang Kedua Pengganas - Ketua Polis Negara - Berita Semasa | mStar

Hentikan Khabar Angin Gelombang Kedua Pengganas - Ketua Polis Negara

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khalid menjawab pertanyaan pemberita selepas melawat Farid di HUSM, Kubang Kerian pada Rabu. - FotoBERNAMA
Khalid menjawab pertanyaan pemberita selepas melawat Farid di HUSM, Kubang Kerian pada Rabu. - FotoBERNAMA

KOTA BARU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran khabar angin kononnya akan berlaku gelombong kedua kemasukan pengganas Kiram ke Sabah.

Beliau berkata khabar angin yang tidak berasas itu, tidak seharusnya disebarkan ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.

"Apabila berita-berita sebegini disebarkan, ia menggusarkan masyarakat terutama di Sabah. Musim raya (Aidilfitri) dah nak sampai, jadi kenapa nak buat orang susah, menakutkan orang ramai, perkara tu tak benar sebenarnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Rabu.

Beliau melawat anggota polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanan akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu, Rabu lalu.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Khalid berkata pihaknya bersama beberapa agensi keselamatan lain mempunyai cukup kekuatan untuk menangani sebarang kemungkinan pencerobohan dari luar.

"Marilah kalau mereka berani. Kita akan tahu kalau ada cubaan pihak musuh untuk masuk ke negara ini. Kita cukup kekuatan.. kita ada polis, tentera.. ada di laut, udara dan darat. Jadi janganlah risau.

"Penubuhan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) untuk memastikan keadaan pantai Timur Sabah terjamin," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan