Dakwaan Layanan Buruk Di Hospital Dalam Siasatan - Hilmi

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara pada Rabu diberitahu Kementerian Kesihatan sedang menyiasat dakwaan ada doktor di Hospital Seberang Jaya (HSJ) memberi layanan buruk kepada pesakit.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kejadian seperti itu tidak sepatunya berlaku kerana seorang doktor perlu merawat semua pesakit tanpa mengira latar belakang mahupun usia.

"Ini adalah piagam seorang doktor.

"Melepaskan geram kepada pesakit tidak patut berlaku," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang membangkitkan laporan media mengenai layanan buruk doktor yang berlaku di HSJ.

Pada Selasa, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin pada sidang medianya menampilkan beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang bagi membuktikan kejadian itu memang berlaku.

Sementara itu semasa menjawab soalan tambahan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader mengenai jumlah doktor di hospital, Dr Hilmi berkata pada masa ini nisbah doktor dengan pesakit ialah 1:700.

"Nisbah ini akan diturunkan kepada seorang doktor setiap 400 pesakit menjelang tahun 2020. Banyak hospital tidak cukup jumlah doktor dan kakitangan lain. Ada usaha untuk ambil balik doktor yang sudah bersara.

"Ramai yang sanggup bekerja kembali termasuklah pengarah yang sanggup kembali bekerja sebagai doktor biasa," katanya.

Kepada soalan asal Syed Ibrahim yang bertanyakan tentang waktu menunggu pesakit di hospital dan klinik kerajaan, Dr Hilmi berkata sistem pemantauan masa menunggu eMASA menunjukkan 87.3 peratus pelanggan menunggu kurang daripada 30 minit untuk mendapatkan perkhidmatan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan