85 Kantin Sekolah Diarah Tutup Kerana Kurang Bersih - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 85 buah kantin sekolah telah diarahkan ditutup dari Januari hingga Mei tahun ini kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan dan tidak menepati peraturan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan hasil pemeriksaan dan pengauditan yang dilakukan terhadap 6,168 kantin sekolah di seluruh negara oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan.

"Pada tahun 2012, sebanyak 8,288 kantin sekolah telah diperiksa dan hasil daripadanya, sejumlah 112 kantin sekolah telah diarah tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Katanya, kementerian itu bersama Kementerian Pendidikan telah mewujudkan Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) yang antara lain bagi memantau kebersihan kantin sekolah di bawah Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) Kantin Sekolah sebagai salah satu kaedah mengurangkan keracunan makanan dan meningkatkan tahap kebersihan kantin sekolah.

Jelasnya, kementerian itu juga sedang meningkatkan penguatkuasaan terhadap premis makanan yang tidak bersih termasuk kantin sekolah di seluruh negara.

Dr Subramaniam berkata, orang ramai boleh melaporkan sebarang aduan ke Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan yang berhampiran atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my sekiranya sesebuah premis makanan tidak bersih atau pengendalian makanan tidak bersih, supaya tindakan penguatkuasaan dapat diambil segera.

Dalam pada itu beliau kesal berhubung kes denggi dan kematian berhubung denggi yang dilapor semakin meningat di negara ini.

Katanya, kes mingguan yang dilaporkan masih melebihi 600 kes seminggu, jauh lebih tinggi dengan kes mingguan yang dilaporkan pada tahun lalu hanya dalam lingkungan 300 hingga 400 kes semingu.

Jelasnya, jumlah kes tahun ini adalah 15 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Dari Januari hingga 23 Julai tahun ini, sejumlah 14,931 kes dilaporkan berbanding hanya 12,910 kes pada tahun lalu. Begitu juga jumlah kematian, iaitu sebanyak 29 kematian berbanding 25 kes kematian pada tempoh sama," katanya.

Dr Subramaniam berkata, empat lokasi titik panas atau wabak yang telah berlarutan melebihi satu bulan berlaku di Selangor melibatkan daerah Petaling iaitu Petaling Jaya Selatan (PJS) 10 Kondo Ridzuan, PJS 8 Mentari Court 1 (Blok A,B,C,D), PJS 8 Mentari Court 2 (Blok E,F &G) dan Saujana Puchong SP7.

"Aktiviti penguatkuasaan 'Ops Gempur Aedes' yang bermula sejak 8 Julai masih dijalankan di seluruh negara. Sehingga kini sebanyak 95,970 premis telah diperiksa dan sebanyak 929 kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah nilai RM146,000," katanya.

Menurutnya, sejumlah 284 notis telah dikeluarkan kepada pemilik pemis di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1973 untuk tujuan pembersihan premis. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan