Najib Ucap Tahniah Kepada Pasangan Diraja Britain Atas Kelahiran Putera Sulung

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Putera William dan isterinya Catherine, Duchess of Cambridge, yang menyambut kelahiran putera sulung mereka di London pada Isnin (waktu London).

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Duke dan Duchess of Cambridge atas kelahiran putera sulung mereka," katanya dalam akaun Facebooknya, Selasa

"Saya berpeluang bertemu pasangan diraja ini semasa lawatan mereka ke Malaysia tahun lepas dan saya doakan setiap kebahagiaan bagi mereka dan bayi mereka," katanya.

Catherine melahirkan bayi lelaki pada 4.24 petang di Hospital St Mary, London pada Isnin.

Bayi itu merupakan pewaris ketiga takhta Britain selepas putera sulung Ratu Elizabeth, Putera Charles, dan kemudian anaknya Putera William. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan