Kerajaan Akan Perluas Kemudahan Sukan Kepada Wanita - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperluaskan kemudahan sukan kepada wanita khususnya yang bertudung untuk menceburi sukan tertentu seperti renang.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ia bagi memberi peluang sama rata kepada mereka yang mahu menyertai sukan.

"Kita mempunyai perancangan untuk itu dan ada yang telahpun dilaksanakan contohnya gim dan kemudahan sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dihadkan pada hari-hari tertentu untuk kaum wanita sahaja," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Khairiah Mohamed dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada Selasa mengenai perancangan kerajaan sama ada untuk menyediakan kemudahan sukan khusus untuk wanita bertudung terutama dalam sukan renang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan